اهلاوسهلا

Thursday, September 29, 2011

Bukan Semudah ABC



Entah kan bila harus terus berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu seorang yang bergelar muslim.
Dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah.
"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai'ah kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai'ah ini membuatkan kita benar-benar teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk dilafaz, tetapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.
Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.
Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam islam? Bosankah kau untuk berjuang?"
Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17
Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."
Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan.
Tetapi baginda setiap hari ditohmah dan dihina  kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.
Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.
Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar
!


Wednesday, September 28, 2011

KEKASIH HALAL


“Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.

Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan..haha..lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..haha

“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni ‘boyfriend’mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja. I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar.

Yes..Fiona pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..haha..tapi, baru dua..tak cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut sunnah..haha..mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan UIA ni lagi..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.. haha.. jangan haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam ‘playgirl’..haha

“Betul, awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Melissa membalas renungan mata buayaku sambil berkata, “Ya. Saya percaya awak. Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”
Haha..aku berjaya lagi..tinggal lagi satu saja..Saira orang yang bertuah itu..haha..
“Sai, saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Sai tersenyum tanda setuju untuk menjadi pasanganku. “Hanif, saya terlebih sudi untuk jadi pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.” Sai ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan murahan macam tu!

Menggatal betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan..haha..aku lelaki buaya pun tahu pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah UIA..haha..dalam UIA muslimah, luar UIA semua nak tayang..tudung pun dah hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Haha..jangan harap..semua nak harta ayah aku saja..materialistik! jangan haraplah..aku nak yang suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya hampeh..haha

“Hanif, kau apa khabar? Assignment kau dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah ramai budak-budak perempuan minat dekat kau. Haha.” Usik Shahrizal, rakan sekelasku, ketika pensyarah belum masuk lagi. Aku tergelak lalu berkata, “Haha..aku sihat. Assignment aku selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya siap. Haha..aku memang sentiasa kacak macam kau juga. Haha..” Kami sama-sama tergelak. “Hanif, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun budaknya. Tak nak cuba nasib ke? Hehe..tapi…” “Betul ke Rizal? Kalau kau dah kata cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..haha..tapi apa?” Shahrizal menjawab, “Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu saja. Muka tak nak pun senyum dengan aku. Muslimah betullah beb..ada peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit.. Haha..” Aku mengerutkan dahi sambil berkata, “Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak sekacak aku. Manalah muslimah tu nak pandang kan..Haha..Aku akan pastikan yang aku dapat ‘tackle’ dia juga. Kau tengok sajalah. Ini Hanif Al-Radzi tau, bukan calang-calang lelaki. Belum ada perempuan lagi yang pernah tolak cinta pura-pura aku ni..haha” Shahrizal tersenyum sinis sambil berkata, “Tapi, budak perempuan yang seorang ni lainlah beb. Tak sama! Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak ‘tackle’ dia.” Aku membalas, “Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu. Haha..Ok, aku akan cuba buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’muslimah yang dikatakan Shahrizal sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.

“Assalamualaikum saudari.” Aku cuba untuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. “Waalaikumussalam.”
Yes.. ‘line clear’ punya. Ada peluang ni..Haha..
“Saya….” Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi. Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau! KRING!! KRING!! Telefon bimbitku membingitkan gegendang telingaku! Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja. Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Erm..

Cun juga budaknya. Pakaian yang budak perempuan tu pakai memang menyejukkan mata aku. Jubah labuh berwarna merah dan tudung labuh hitam. Memang sejuk mata aku memandang. Tapi, betul ke dekat luar UIA ni dia macam tu juga? Kalau betullah dia muslimah yang sejati, aku takkan lepaskan dia. Susah nak cari isteri yang sebegitu solehah macam dia zaman sekarang ni. Mungkin, aku dah jumpa calon isteri aku. Haha..

HANIF!! Siapa pulalah yang menjerit memanggil nama aku ni. Aku memusingkan sedikit kepalaku. Oh, Shahrizal rupanya. Memekak saja!
Dalam keadaan tercungap-cungap keletihan berlari, Shahrizal berkata padaku, “Wei,‘girlfriend-girlfriend’ kau semua cari aku tanya fasal kau. Aku penatlah asyik nak menjawab jawapan yang sama saja tiap-tiap hari. Boleh jadi gila kepala otak aku ni.” Dengan muka yang tak begitu ceria, aku membalas, “Alah, kau bagi sajalah apa-apa alasan pun asalkan aku tak jumpa dah dengan perempuan-perempuan tu. Mengganggu ketenteraman hidup aku saja!” Rizal ketawa lalu berkata, “Tak sampai sebulan lagi takkan kau dah bosan kot. Cun apa pasangan-pasangan kau tu. Siapa suruh kau tamak nak sekali empat? Padan muka! Dahlah semuanya tergila-gilakan kau. Haha..” Aku hanya mampu berkta, “Aku tak kisahlah kau nak cakap apa Rizal, yang pastinya, aku tak nak fikir dah fasal perempuan-perempuan tu. Bukan tergila-gilakan aku, tapi tergila-gilakan harta ayah aku saja! Kalau kau nak semua pun, aku tak kisah dah. Percuma aku bagi kau. Puas? Dahlah, aku penatlah, nak keluar pergi café sekejap.” Aku terus pergi menuju ke café tanpa mempedulikan Rizal lagi. Fikiran aku betul-betul celaru sekarang ni. Aku betul-betul nak berkenalan dengan budak perenpuan muslimah kelmarin yang aku jumpa tu. Tolonglah muuncul wahai muslimah idamanku…

Terpana mataku memandang gadis yang berdiri di hadapan pintu café tu. Budak perempuan muslimah itulah! Wow! Ada peluang ni. Gaya macam dia tengah tunggu seseorang. Bolehlah aku ambil kesempatan masa yang ada ni. Haha..
“Assalamualaikum saudari.” Seperti biasa, dia menjawab salamku. Aku memperkenalkan terus diriku sebelum dia pergi seperti kelmarin. Melepas aku nanti. “Saya Hanif Al-Radzi, kelas Ustaz Zahar. Awak pelajar yang baru masuk 3 hari lepas tu kan? Kita pernah jumpa sebelum ni di kantin. Ingat tak?” Dengan muka yang sedikit pelik, dia berkata, “Ooo..Ya, saya pelajar baru di sini. Saya tak berapa nak ingatlah. Kawan saya dah datang tu. Minta diri dulu. Salam.” Alamak, dia dah nak pergi pula. Aku cepat-cepat bertanya padanya, “Nama awak..?” Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah sahabatnya itu tanpa menghiraukan pertanyaan aku. Geramnya!!

Eh, aku kenallah kawannya tu. Lina Ziana rupanya. Senanglah aku nak tanya fasal perempuan muslimah tadi tu. Haha.. Betul-betul mencabar kelelakian akulah perempuan muslimah tu. Tak layan aku langsung! Pandang aku pun tak! Pandang sekali lepas tu dia terus alihkan pandangan dia. Tak kacak ke aku pada dia? Erm..Lina mesti kena tolong aku. Dah jumpa satu jalan. Yes!!

Semasa Lina Ziana sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya. “Lina! Lina!” Lina Ziana terperanjat dan pusing ke belakang. “La..kau Hanif. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku. Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba saja cari aku?” Aku menarik nafas panjang-panjang dahulu sebelum menjawab pertanyaannya kerana masih mengah dengan larianku tadi. “Kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu ya?” Lina mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku lalu berkata, “Iyalah, kenapa kau tanya? Nak berkenalanlah tu kan. Dah agak dah. Kau ni perangai masih tak berubah. Apalah nak jadi. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat kau kalau perangai ‘playboy’ kau tu masih ada dalam diri kau. Sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau lah. Tak payahlah kau nak menyibuk! Dia takkan layanlah lelaki macam kau ni.”
Aku selamba menjawab, “Eleh, kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak tahu apa-apa diam. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Lina Ziana cepat-cepat menggelengkan kepalanya kerana itulah kebenarannya. Aku menyambung lagi, “Tau pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dah cuba banyak kali tapi tak dapat-dapat. Tolonglah.” Lina Ziana hanya tersenyum sambil berkata padaku, “Telinga aku ni salah dengar ke? Si Raudhatus Sakinah tu ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Sakinah tu. Dia tu ustazah, sesuai dengan ustaz saja, bukan ‘playboy’.” Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Haha. “Kau boleh cakap apa sajalah Lina. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tahu. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I’M NOT A PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lina Ziana tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi.

Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Raudhatus Sakinah. Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku. InsyaAllah.

Aku termenung sendirian di dalam bilik sambil menyiapkan ‘assignment’ aku. Tiba-tiba, Shahrizal masuk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawabnya dengan nada gembira. “Hanif, kau macam dah berubahlah. Aku dah tak nampak pun kau keluar ‘dating’ kat café tu. Kau asyik memerap dalam bilik saja. Sibuk betul kau nak siapkan ‘assignment’ kau tu. Selalunya, ‘girlfriend-girlfriend’ kau yang buatkan. Kenapa tiba-tiba kau yang buat pula? Perenpuan-perempuan tu dah pencen ke? Haha.” Aku tersenyum, “Kau ni Rizal, aku ‘dating’kau ceramah aku. Aku tak ‘dating’ pun kena ceramah juga ke? Haha. Perempuan-perempuan tu semua dah pencen. Aku dah pecatlah. Haha. ‘Assignment’ aku, biarlah aku yang buat sendiri kan. Kau baru balik dari mana ni? Surau?” Shahrizal menjawab dengan penuh girang, “Alhamdulillah. Kawan aku ni dah berubahlah. Bagus! Istiqamah tau. Hehe. Ha’ah. Aku dari surau. Tadi ada tazkirah daripada budak perempuan baru tu. Ramai betul yang kagum dengan dia. Ada ciri-ciri ustazah. Itu yang aku balik lambat sikit, tunggu tazkirahnya habis.” Mata aku terbeliak besar. “Betul ke ni Rizal? Budak perempuan tu bagi tazkirah? Mesti Ustaz Zahar yang suruh kan. Ruginya aku tak datang. Esok kita pergi surau sama-sama nak tak? Lama betul rasanya aku tak ziarah surau kita tu. Rindu pula rasanya.” Shahrizal menggelengkan kepalanya dan berkata, “Eh Hanif, bukan ke kau ni kaki lepak dekat café? Sejak bila pula tiba-tiba nak pergi surau ni? Mesti nak menggatal dengan budak perempuan baru tu kan. Haha. Takkan dapatlah. Dia tu muslimah betul, kau tu, muslim pura-pura saja. Tapi, aku tetap rasa gembira dengan perubahan kau ni. Mesti ada udang di sebalik batu kan? Cerita sajalah. Macamlah aku ni baru kenal kau.” Aku tersenyum saja dan memberitahu Shahrizal perkara sebenar. Shahrizal juga tersenyum gembira untukku. Dia juga berkata seperti Lina Ziana, ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz, bukan ‘playboy’!

Raudhatus Sakinah, akanku usahakan diriku untuk menjadi lelaki pilihanmu yang terbaik. Aku selalu nampak dia di café. Dia banyak menghabiskan waktunya dengan mengaji. Al-quran comel berwarna merah sering dibawanya ke mana saja dia pergi. Aku memang kagum dengan dia. Aku tak pernah nampak dia ‘dating’. Bila di luar pun, dia tetap dengan imej muslimahnya. Itulah yang aku suka. Betul kata Shahrizal dan Lina Ziana, dia tak sama. Dia lain. Kelainan itulah yang membuatkan aku tertarik padanya. Kebaikan dia, kesolehan dia, ketaatan dia dan kesopanan dia. Berjayakah aku untuk memetik mawar berduri itu? Ya Allah, aku takkan berjaya tanpa bantuanMu. Bantulah aku, ya Allah. Aku bertaubat padamu atas segala dosa dan kesalahanku kerana lalai terhadapMu.

Malamnya, aku bangun untuk bersujud padaNya. Aku berdoa agar diampunkan segala dosa-dosaku. Selama ini memang aku lalai mengingatiNya.

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…


Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…


Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…


Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…


Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …


Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.

Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…


Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…


Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…

Hari-hariku berlalu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Aku sudah biasakan diri dengan mengaji, solat berjemaah di surau bersama Shahrizal setiap kali masuk waktu solat dan mendengar tazkirah-tazkirah serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

Suatu hari, aku dipanggil oleh Ustaz Zahar untuk menyampaikan tazkirah selepas solat Isyak. Aku menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka dan bahagia. Alhamdulillah, akhirnya aku diberi peluang untuk menjadi Ustaz Hanif. Hehe. Aku memulakan tazkirahku dengan hadis-hadis Nabi. Aku memberi tazkirah tentang Hari Kiamat. Dalam aku memberi tazkirah kepada orang, pada masa yang sama, aku juga sedang mengingatkan diriku. Aku bersyukur kerana aku kini sudah berubah kepada yang lebih baik. Lina Ziana pernah berjumpaku dan berkata, “Hanif, sekarang aku kagum dengan kau. Kau memang dah berubah. Kau dah buktikan. Tahniah. Semoga berjaya cita-cita kau nak memenangi hati Ina. Hehe. Aku doakan.” Aku terharu bercampur bahagia dengan kata-katanya. Amat bermakna bagiku. Adakala, aku terpandang wajah tenang Raudhatus Sakinah saat aku sedang memberi tazkirah. Dia memberi sepenuh penumpuannya pada tiap-tiap tazkirah. Aku ingin menemuinya sebentar apabila balik dari surau nanti. Ada sesuatu yang ingin aku beri padanya.
“Raudhatus Sakinah!” Langkahnya terhenti apabila nama manisnya dipanggil. “Assalamualaikum Raudhatus Sakinah.” Dia membalas ucapan salamku, “Waalaikumussalam Hanif Al-Radzi.” Aku tersenyum lalu berkata, “Sebenarnya, saya ada hal nak cakap dengan awak. Semua hal-hal yang ingin saya katakan pada awak ada dalam surat ini. Harap awak baca sampai habis dan tolong jangan buang surat ini. Lagi dua minggu akan ada Konvoi UIA, harap dapat jumpa awak lagi. Assalamualaikum.” Dia menjawab ringkas, “InsyaAllah, saya akan baca. Waalaikumussalam, Lina pun tengah tunggu saya tu.” Kami sama-sama pergi menuju ke destinasi masing-masing. Aku menarik nafas lega setelah memberinya surat itu. Surat itu aku tulis khas untuk menyuntingnya.

Assalamualaikum saudari Raudhatus Sakinah..

Maaf kerana mencuri masa saudari. Saya cuma ingin memberitahu saudari sesuatu. Mungkin dulu ramai yang mengenali saya sebagai seorang lelaki yang ‘playboy’. Mungkin termasuk juga saudari kerana Lina Ziana adalah rakan saya juga. Mungkin dia ada bercerita tentang saya pada saudari. Tapi, itu semua tiga bulan yang lepas. Hidup saya terus berubah dengan kehadiran saudari. Allah telah menganugerahkan saya hidayah. Saya kembali bertaubat padaNya. Saya terpikat dengan imej muslimah yang menjadi identiti hidup saudari. Memang susah ingin mencari yang solehah. Walaupun UIA, masih ramai lagi pelajarnya yang di luar sana tidak menutup aurat. Di dalam UIA, bertudung. Tapi, bila berada di luar, tudungnya hilang. Tidak ada rasa malu tapi berasa megah dengan menayangkan aurat-aurat mereka.
Sikap saya berubah sejak saya mula mengenali saudari melalui tazkirah-tazkirah di surau, blog saudari dan daripada rakan saudari sendiri, Lina Ziana. Saya ingin menjadikan saudari sebahagian dari hidup saya. Saya pasti, saudari faham maksud saya. Saya telah pun berbincang dengan kedua ibu bapa saya. Mereka tiada halangan. Cuma sekarang, saya ingin bertanyakan pada saudari. Jika saudari setuju, insyaAllah selepas habis belajar hujung bulan ini, saya akan pergi ke rumah saudari untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saudari. Saya tahu hukum-hukum agama. Memang dulu saya lalai dan asyik hendak berseronok saja. Mungkin sebab itulah saya digelar ‘playboy’. Asyik sangat dengan perempuan. Tapi, itu semua sejarah saya. Saya tak pernah pegang tangan-tangan yang cuba menggoda saya. Baru sekarang saya mula mendalami hukum-hukum agama. Allah memerintahkan agar menundukkan pandangan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga 31.. Patutlah saudari selalu menundukkan pandangan ketika berdepan dengan saya. Baru kini saya faham. Islam tidak pernah ajar kita tentang bercinta atau ‘couple’ sebelum nikah. Perkara itulah yang sering saya lakukan dulu. Tapi sekarang, tidak lagi! Saya takkan buat! Saya hanya ingin merasai nikmat cinta halal yang mendapat redha Allah iaitu cinta selepas nikah. Sebab itulah saya nak jadi kekasih halal saudari. Saya mohon saudari balaslah surat saya ini dengan jawapan YA atau TIDAK. Saya menghormati apa pun jawapan yang bakal saudari berikan. Wassalam.

Ingin menjadi kekasih halal Raudhatus Sakinah,
-Hanif Al-Radzi-

Setiap hari, aku menunggu pembalasan surat daripada dia. Sudah seminggu suratku itu tidak berbalas. Pembelajaranku akan berakhir pada hujung bulan ini. Ada lagi seminggu saja. Dua minggu lagi akan ada Konvoi. Aku ada kejutan untuk dia. Aku ikhlas ingin jadikannya permaisuri hidupku. Aku akan terus bersabar menunggu jawapan daripadanya. Semua ini memerlukan masa.

“Lina, Raudhatus Sakinah ada cerita apa-apa tak dekat kau? Aku dah lama tak nampak dia. Ada apa-apa yang berlaku ke dekat dia? Hari ini hari terakhir aku. Lagi dua minggu barulah kita jumpa lagi,insyaAllah.” Muka Lina Ziana tidak ceria seperti selalu. Dia nampak sedih dan muram saja. “Hanif, aku sokong kalau kau nak kahwin dengan dia. Tapi, aku tak tahulah apa jawapan dia. Dia sekarang ni memang sibuk sikit. Minggu ni kan dia semester terakhir. InsyaAllah kalau umur ada lagi, nanti kita jumpa di Konvoi. Aku akan pergi dengan Ina. Jangan risau.” Lina Ziana cuba mengukir senyuman. Aku mengucapkan salam padanya dan beredar dari situ. Aku ingin berjumpa dengan sahabat karibku pula, Shahrizal.
“Rizal, jaga diri baik-baik. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di Konvoi. Kau memang kawan baik aku yang terbaik. Hehe. Aku nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Aku menyalaminya dan tergesa-gesa beredar dari situ kerana teksi sudah menunggu. Hatiku terasa berat untuk pergi. Kakiku juga seakan membeku tidak mahu berganjak meninggalkan seseorang. Aku kuatkan juga hatiku. Aku percaya pada Allah. Andai aku dan dia punya jodoh, kami pasti akan bertemu lagi. InsyaAllah. Selamat tinggal UIA. Selamat tinggal Raudhatus Sakinah. Semoga umurku panjang untuk bertemu denganmu lagi.

Hari ini, genaplah dua minggu aku meninggalkan UIA tercintaku. Aku masih tertanya-tanya kenapa Raudhatus Sakinah masih belum membalas suratku. Tapi, aku tetap akan menanti jawapan darinya. Aku sedang bersiap-siap ingin mengikuti Konvoi UIA di Taman Seri Cahaya, Shah Alam hari ini. Semoga aku dapat bertemu dengan dia.
Setelah semua orang datang, kami berkumpul di satu tempat khas. Lelaki dan perempuan duduk berasingan. Mereka hanya duduk di atas tikar yang di bawahnya rumput. Kami berkelah sambil berjumpa dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah datang. Dia bersama dengan Lina Ziana. Mukanya agak lain. Pucat dan bibirnya kering. Kenapa ya? Aku asyik bertanya pada diriku sendiri.Tanpa melengahkan masa, Shahrizal menjemputku untuk menghiburkan rakan-rakan yang datang. Mereka membawa radio yang boleh dipasang CD. Aku meminta Shahrizal memasangkan nada lagu ‘Kekasih Halal’ daripada kumpulan Wali Band. Di saat itu, berdebar hatiku ingin menyanyi lagu tersebut.


“Lagu yang bakal saya nyanyikan ini adalah khas buat si dia yang bertudung merah. Dengarkanlah.” Semua mata yang ada di situ memandang ke arah Raudhatus Sakinah. Hanya dia seorang yang memakai tudung labuh merah seperti yang dimaksudkanku. Dia terkejut dan mukanya mula merah kerana tersipu-sipu malu. Aku mula menyanyi.


Lagu ini ku nyanyikan khas buatnya kerana mempunyai maksud yang ingin aku sampaikan padanya. Aku harap dia akan membalas suratku.

Selesai saja aku menyanyi, satu tepukan gemuruh berkumandang. Aku melihat ke arah Raudhatus Sakinah. Dia hanya mampu tersenyum. Bibirnya nampak kering. Mungkin keadaan panas menyebabkan bibirnya kekeringan. Dia duduk bersama teman-temannya. Sedang aku asyik perhatikan dia, aku terlihat satu cecair merah mengalir melalui hidungnya. Darah! Dia sakit ke? Atau keadaan panas yang menyebabkannya jadi begitu? Aku nampak dia cepat-cepat mengelap darahnya itu supaya tidak dikesan oleh sesiapa. Tapi, dia gagal kerana aku telah berjaya mengesannya! Risau hatiku dibuatnya. Ya Allah, bantulah dia.

Saat semua orang sedang leka menikmati hidangan makanan BBQ, tiba-tiba kecoh ada orang pengsan, perempuan. Aku cuba melihat siapakah orangnya? Tapi, kesemua perempuan mengerumuninya. Aku terdengar mereka menyebut-nyebut nama Ina. Adakah yang pengsan itu Raudhatus Sakinah? Tak mungkin! Aku inginkan kepastian daripada Lina Ziana. Aku memanggil namanya dengan nada yang agak kuat kerana suasana amat bising pada waktu itu.

“Lina, siapa yang pengsan tu?” Dengan muka yang serba salah dan sedih, dia memberitahuku, “Ina pengsan tiba-tiba tadi. Aku dah suruh Syafira dan Ainul hantarkan dia ke hospital dengan segera. Sebenarnya dia….” Sengaja Lina Ziana memberhentikan cakapnya itu. “Sebenarnya dia apa? Cakaplah!!” Sambil mengalirkan air matanya, dia berkata, “Ina menghidap penyakit buah pinggang. Ada sejenis bakteria merbahaya membiak dalam buah pinggangnya. Doktor kata, dia kena buat pembedahan secepat mungkin untuk membuang virus merbahaya itu sebelum bacteria tu merebak dan meragut nyawanya. Tapi, kos pembedahannya terlalu mahal sampai dia sendiri tak mampu nak bayar. Mungkin sebab dia tahu dia takkan hidup lama, dia tak balas surat lamaran kau tu. Maafkan aku sebab tak beritahu kau awal-awal perkara ni. Dia tak benarkan aku cerita perkara sebenar dekat kau.” Air mata lelakiku tidak dapat ditahan lagi. Menitis juga akhirnya. “Kenapa dia nak sorokkan perkara besar macam ni? Aku nak pergi ke hospital sekarang. Jom!” Aku, Shahrizal dan Lina Ziana menaiki kereta masing-masing menuju ke hospital di mana Raudhatus Sakinah ditempatkan.

Sampai saja di hospital, aku terus bertemu dengan Syafira dan Ainul yang membawa Raudhatus Sakinah ke sini. “Ainul, Fira, macam mana keadaan Raudhatus Sakinah? Doktor ada cakap apa-apa tak?” tanyaku dengan nada kerisauan. “Doktor tengah tunggu ibu bapa Ina datang. Kami dah maklumkan. Ina sekarang ada dekat bilik ICU. Keadaannya kritikal.” Aku bertanya lagi dengan nada yang agak kurang puas hati, “Kenapa tak mulakan pembedahan lagi? Kata keadaannya kritikal!” Doktor menuju ke arahku dan berkata, “Bertenang semua. Pihak kami hanya akan mulakan pembedahan jika ibu bapa pesakit bersetuju dengan bayaran yang telah ditetapkan.” Aku bertanya, “Berapa bayarannya doktor?” Doktor menjawab, “RM 135,255 semuanya.” Semua orang yang ada di situ resah kerana bayarannya terlalu mahal. “Baiklah, saya setuju. Biar saya yang tandatangan. Mungkin ibu bapanya lambat lagi nak sampai.” Doktor segera menyerahkan dokumen yang perlu aku tandatangani dan segera mulakan pembedahan.
Satu jam kemudian, barulah ibu bapa Raudhatus Sakinah sampai. “Pakcik, makcik, saya dan tandatangankan dokumen pembedahan Raudhatus Sakinah. Janganlah risau ya. InsyaAllah, semuanya selamat.” Aku berkata pada kedua ibu bapanya.

Ayahnya, Hamidi bertanya padaku, “Berapa kos pembedahannya?” Aku menjawab, “RM 135,255.” Pakcik Hamidi tiba-tiba seperti sesak nafas mendengar kos tersebut. Aku cepat-cepat memberitahunya bahawa semua kos pembedahan Raudhatus Sakinah, aku yang akan tolong bayarkan. Pakcik Hamidi terharu bercampur pelik. “Anak ni siapa? Pakcik tak nak orang lain susah disebabkan anak pakcik.” Aku menjawab, “Saya kawan dia. Tak menyusahkan pun pakcik. Lagipun, saya memang bercadang hendak berjumpa dengan pakcik. Saya nak meminang anak pakcik. Saya jujur dan ikhlas ingin membantu.” Dengan riak muka terharu, pakcik Hamidi berkata padaku, “Alhamdulillah, pandai si Sakinah tu cari calon suami. Pakcik dan makcik ni restu kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik. Sejuk mata pakcik tengok kamu. Kamu ni ustaz ke?” Aku tersenyum girang mendengar kata daripada bakal bapa mertuaku itu. “Saya bukan ustaz. Saya belajar di UIA juga. Sama dengan Raudhatus Sakinah.” Kami sempat berkenalan lebih lanjut. Dia banyak bertanya tentangku. Perbualan kami terhenti apabila doktor keluar daripada bilik ICU setelah dua jam setengah berada di dalam.
“Doktor, macam mana dengan dia?” Aku terus bertanya pada doktor tersebut. “Alhamdulillah, saat-saat kritikal pesakit sudah lepas. Pesakit stabil sekarang. Hanya keluarga terdekat saja yang boleh ziarah pesakit waktu sekarang ini. Bayaran boleh dilakukan di kaunter. Pesakit boleh pulang dalam masa tiga hari lagi. Saya pergi dulu. Ada pesakit lain menunggu. Assalamualaikum.” Hatiku lega mendengar jawapan doktor itu. “Alhamdulillah, terima kasih doktor. Bayaran saya akan buat sebentar lagi. Waalaikumussalam.” Aku mempersilakan ayah dan ibu Raudhatus Sakinah masuk ke biliknya terlebih dahulu. Aku ingin membuat pembayaran di kaunter. Aku mengajak Shahrizal bersamaku.
“Hanif, kau betul-betul pemurah dan baik hati. Kau tak berkira pun. Mahal pun kau sanggup bayar. Itu yang buat ibu bapa Ina terima kau jadi menantu. Hehe. Tahniah!” Aku tergelak, “Haha. Aku ikhlaslah Rizal. Aku tak mengaharapkan balasan pun. Raudhatus Sakinah tak materialistik. Sebelum ni pun, dia tak tahu lagi yang aku ni anak Datuk. Kita banyak harta pun, kalau sombong dan tak bantu orang yang perlukan pertolongan, apa guna? Nanti Allah tarik balik rezeki kita. InsyaAllah, kalau ada jodoh, aku kahwinlah dengan dia. Hehe. Kau jangan lupa datang. Tapi, dia masih belum membalas surat aku. Aku masih menanti jawapan daripada dia. Aku nak jadi kekasih halal dia!” Rizal menenangkan aku, “Sabarlah. Aku pasti dia terima kau lah. Dia pun nak jadi kekasih halal kau juga. Hehe. Belum pernah aku tengok kaki lepak dan ‘playboy’ macam kau ni berubah jadi ustaz yang warak’ macam ni. Ina berjaya membuat kau berubah. Alhamdulillah.” Aku membalas, “Alhamdulillah.”

Seminggu pun berlalu, sudah lebih kurang empat hari Raudhatus Sakinah keluar dari hospital. Aku belum pernah lagi menjenguknya. Semasa hari dia dimasukkan, aku tidak sempat hendak menziarahnya kerana kesibukan yang melanda diriku. Aku masih menunggu jawapan daripadanya. YA atau TIDAK bakal menentukan sama ada aku jodoh dia atau sebaliknya.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nombor yang tak ku kenali. Aku menjawab panggilan itu, “Assalamualaikum.” Pelik! Suara orang tua. “Waalaikumssalam. Hanif, ini pakcik Hamidi. Kenal lagi kan?” aku menjawab dengan senyuman, “Mestilah saya kenal, pakcik. Mana pakcik dapat nombor telefon bimbit saya ni?” Dia menjawab pula,“ Pakcik dapat nombor telefon kamu daripada doktor yang membedah Sakinah tempoh hari. Bila kamu nak datang rumah pakcik? Sakinah dah beritahu jawapannya pada pakcik. Dia sedia menerima kamu.” Aku bagaikan tak percaya! Mimpikah ini? Raudhatus Sakinah menerima lamaranku? Alhamdulillah. Ku tahan air mataku dari membasahi pipiku, “Alhamdulillah pakcik. Nanti saya beritahu abah dan ibu saya. Terima kasih. InsyaAllah, minggu depan saya akan datang untuk majlis walimatul urus.” Selesai berbincang di telefon bersama bakal bapa mertuaku, air mataku deras mengalir dan aku terus pergi berwuduk untuk sujud syukur pada Ilahi kerana telah memperkenankan doaku. Thank you Allah!

Selesai lafaz ijabkabul di Masjid Shah Alam, aku dan Raudhatus Sakinah sah menjadi pasangan ‘couple’ suami isteri. Akhirnya, berjaya juga aku jadi kekasih halal dia. Alhamdulillah. Ku kucup dahinya sambil dia menitiskan air mata terharu bercampur bahagia. Air mata gembiraku juga turut mengalir. Subhanallah!!

Malamnya, sebelum aku dan dia merebahkan diri untuk merehatkan badan, aku berkata padanya dengan penuh kemesraan, “Sayang, terima kasih sebab sudi terima Abang jadi kekasih halal Sayang.” Dia membalas kata-kataku dengan mengukir sebuah senyuman indah, “Kasih diterima, Abang. Bukan ke Abang yang minta persetujuan Sayang untuk jadikan Abang kekasih halal Sayang? Terima kasih juga sebab sudi jadikan Sayang kekasih halal Abang.Thanks a lot sebab Abang tolong bayar kos pembedahan Sayang.” Sejuk hatiku mendengar kata-katanya. “Kasih juga diterima, Sayang. Kita dah jadi ‘couple’ kan sekarang. Tak payahlah nak berterima kasih lagi. Abang akan sentiasa menerima kasih Sayang. Hehe. Yes! Abang boleh buat apa saja sekarang. Abang boleh rindu Sayang, cium Sayang, pegang tangan Sayang dan peluk Sayang!” kataku sambil menunjukkan reaksi seperti hendak memeluknya. Dia tersipu malu. Pipinya berubah menjadi putih kemerah-merahan. “Abang ni, gatal!” katanya sambil mencubit pehaku. Aku ketawa dan berkata, “Kalau Abang tak menggatal dengan Sayang, Abang nak menggatal dengan siapa lagi? Oklah. Abang nak menggatal dengan jiran sebelahlah esok. Jangan cemburu tau.” Dia mencubit pehaku lagi. Aku dan dia sama-sama ketawa. Sebelum tidur, aku memberitahunya bahawa aku akan mengejutkannya bangun untuk qiamulail bersamaku sebelum Subuh untuk memohon restu, redha dan bersujud pada Allah s.w.t.

Jam menunujukkan pukul 3.30 pagi. Aku mengejutkannya supaya bangun daripada tidur. Kami berwuduk dan mengerjakan qiamulail bersama diketuai aku, selaku imam. Usai qiamulail, aku membacakan doa. Isteriku, Raudhatus Sakinah mengaminkan isi doaku. Kami bermunajat pada Ilahi. Aku berdoa padaNya dengan penuh pengharapan. Isteriku mengaminkan doa yang ku baca dengan penuh pengertian.

Ya Allah, kami mohon padaMu agar diampunkan dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa kami dan dosa seluruh umat Islam. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang bakal menjadi pejuang syahid fisabilillah. Redhailah dan restuilah tali pernikahan kami ini agar berkekalan hingga ke syurga Firdausi. Janganlah Kau biarkan kami hanyut dengan nafsu duniawi sehingga melupakan ukhrawiMu. Bimbinglah hati kami sentiasa. Jadikanlah kami pasangan bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu, Kau jadikan kami kekasih halal. Kau perkenankan juga doaku untuk menjadi kekasih halal isteriku. Semoga Kau panjangkan jodoh kami agar kami dapat berjumpa dan berkasih sayang lagi di akhirat kelak.

Amin ya rabbal a’lamin…

Usai membaca doa, dia menyalamiku. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman manis padanya dan mengucup dahinya. Subhanallah!! Aku berkata dalam hatiku,

Ya Allah, jadikanlah isteriku ini seorang isteri yang mentaatiMu dan mentaati suaminya. Jadikanlah dia ibu yang akan mengasuh anak-anakku dengan ajaran agama muliaMu. Berkatilah hubungan kami ini agar aku dan dia kekal behagia sehingga maut menjemput kami untuk kembali ke pangkuanMu.

-TAMAT-

Non-Muslim Minat dgn Islamic Banking & Muslim Tidak???


Jika anda membaca petikan artikel di bawah. Ia menyebut dengan jelas bahawa 70% pelanggan yang menggunakan khidmat perbankan Islam di Hong Leong Islamic Bank Malaysia, Bank Rakyat adalah pelanggan berbangsa Cina yang majoritinya (di Malaysia) bukan beragama Islam. Malah statistic yang hampir sama juga pernah dikeluarkan oleh bank-bank Islam lainnya.

In Malaysia, for example, non-Muslims are major users of Islamic finance products. Banks such as the Hong Leong Islamic Bank, and the Malaysian cooperative bank, Bank Rakyat, report a 70 per cent uptake of Islamic financial products by Chinese customers. So, why are non-Muslim customers attracted to Islamic banks?
Sebahagian memberikan respon spontan sambil berkata :-

"Mudah saja sebabnya, bukankah orang Cina lebih banyak terlibat dengan bisnes, kerana itulah mereka lebih kerap berurusan dengan bank"
Mungkin ada benarnya pandangan spontan ini, namun orang Cina yang disebut ini bukan hanya melanggan produk perbankan Islam berkaitan dengan pembiayaan korporat untuk bisnes mereka sahaja, malah mereka juga menggunakannya untuk pembiayaan perumahan, kereta dan lain-lain produk. Yang mana produk ini tergolong dalam kategori retail and consumer banking products yang bersifat kegunaan individu dan bukannya untuk bisnes dan syarikat.

TOLAK BANK ISLAM KERANA POLITIK KEPARTIAN
Persoalannya, kemanakah perginya individu Muslim dan Muslimah?
Timbul satu lagi cubaan respon yang mendakwa :
"Buat apa ambil produk perbankan Islam yang bermain silap mata, ia adalah helah dan dibuat oleh kerajaan BN dan Islam hadhari bukan Islam hakiki"
Adalah tidak sihat menurut perspektif Islam jika sesuatu pegangan politik kepartian membawa kebencian dan sangka buruk sehingga ke tahap menutup segala jenis kebenaran dan kebaikan yang dianjurkan oleh pihak parti lain.

Islam menerima segala yang baik walaupun ia lahir dan diperkenalkan oleh kumpulan penjahat seperti Yahudi. Iaitu selagi mana ia boleh diubahsuai bagi manfaat umat Islam. Demikian kesimpulan berasaskan nas ayat Al-Quran dan hadis yang dihuraikan oleh para ulama silam dan kontemporari. (Rujuk Thaqafatuna bayna infitah wal inghilaq, Al-Qaradawi, hlm 40)

Dalilnya mudah sahaja iaitu sabda Nabi s.a.w sebagai respond kepada Abu Hurairah yang menerima satu ilmu dari Syaitan Ifrit, sabda Nabi :
‏صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ
Ertinya : Ia (Syaitan) itu telah berkata benar, walaupun ia adalah maha pendusta, itulah dia Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3275, 6/404)

Pengajaran dari hadis membuktikan apa sahaja yang sampai kepada kita dari sebarang sumber yang bukan Islam khususnya, boleh disemak menurut neraca Islam. Jika tidak bercanggah dan boleh membawa kebaikan, kita sepatutnya menyokong dan bukan menentang secara buta.

Jika benarlah terdapat mereka yang menolak perbankan Islam hanya kerana ia adalah anjuran dan dimulakan oleh pihak kerajaan yang berlainan dengan partinya, maka ia adalah satu sikap yang patut dikesali.
Telah sering saya sebutkan dahulu bahawa perbankan Islam di Malaysia berkait rapat dengan perbankan Islam di seluruh dunia. Ulama Malaysia yang berdamping dengan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia serta mengatur arahnya pula bukanlah dari kalangan individu yang terlibat dengan dunia politik kepartian kecuali seorang dua, namun mereka tidalah berpengaruh dalam penentuan hala tuju dan fatwa berkaitan kewangan Islam ini.

Selain itu, melalui hubungan rapat industri kewangan Islam di seluruh dunia, Malaysia tidak boleh terlepas dari penilaian, kritikan membina dan perhatian dari ulama Shariah dan kewangan Islam di seluruh dunia.
Hasilnya, kritikan membina ulama dunia ini membawa perkembangan baru dalam produk-produk kewangan Islam di Malaysia seperti wujudnya Komoditi Murabahah, konsep Unilateral Promise dalam transkasi Forex, Tawarruq Masrafiy, Musharakah Mutanaqisah, Bai al-Mutaradif Bil Ajal dalam Forex, Parallel Istisna dan lain-lain. 

Kebanyakan produk,konsep dan kontrak produk Islam ini berlaku di luar pengaruh politik tempatan dan ia biasanya hanya berlaku hasil perbincangan ilmiah di kalangan ahli akademik non partisan dan industry managers dari dalam dan luar negara.

Adapun, beberapa produk dan konsep perbankan Islam di Malaysia seperti Bai al-Inah (Sell and buy back) dan Bay ad-Dayn (Discounted debt trading) yang tidak dipersetujui oleh ulama antarabangsa, ia adalah keputusan sekumpulan Ilmuan Shariah Malaysia yangmana mereka meluluskan pelaksanaan dua jenis konsep tanpa sebarang kaitan dengan politik kepartian. Namun ia dibuat secara ‘temporary' dan berdasarkan pertimbangan akademik dan hukum. Sejauh manapun ketidaksetujuan kita dengan pandangan dan produk ini, ia tetap terlingkung dalam keputusan adademik dan bukannya fatwa politik.

Tidak saya nafikan wujudnya pengeluaran fatwa-fatwa atas kehendak dan tekanan politik, ia dikeluarkan oleh badan-badan tertentu untuk tunduk terhadap kehendak parti politik tertentu atau menjaga kemaslahatan parti dan imej pemimpinnya. 

Namun boleh saya katakan ia tidak berkait dengan produk-produk perbankan Islam yang diperkenalkan oleh bank-bank Islam. Ia biasanya hanya berkait dengan produk atau plan yang dilancar oleh institusi kerajaan sepenuhnya serta tidak mempunyai penasihat Shariah yang berkelayakan. Ia agak jarang berlaku kepada institusi swasta.

Kesimpulannya, barangsiapa yang mengkritik dan menolak bank Islam hanya kerana didasari oleh kebencian terhadap parti tertentu. Ia bukanlah tindakan yang benar dan wajar di sisi Islam. Malah sebagai akibatnya, sudah tentu mereka ini akan berpihak kepada bank riba, tatkala itu kerelaannya untuk berjinak dengan perbankan riba akan pasti menghancurkannya di akhirat kelak sekiranya ia meninggal dunia tanpa taubat nasuha. Na'uzubillah.

TOLAK ATAS DASAR LEBIH MAHAL
Ini juga satu persoalan yang amat amat kerap ditimbulkan sejak dahulu. Saya tidak lagi ingin mengulasnya kerana telah beberapa kali saya ulaskannya di web ini.
Mereka yang berminat serta belum pernah membacanya boleh merujuk kepada link berikut:-
 
Kesimpulannya, mereka yang membuat dakwaan ini sama ada :-
* Memandingkan dua perkara yang tidak boleh dibandingkan.
* Tidak fahami cara kiraan kedua-dua sistem iaitu bank Islam dan bank konvensional.
* Tidak fahami apa itu compounding interest akibat late payment.
* Tidak faham apa itu Base Lending Rate dan sifatnya. 
* Tidak faham apa itu konsep ibra dan syarat pelaksanaannya dalam Islam 
Justeru, apabila ada orang bercakap berkenaan hal ini namun gagal memahami perkara basic yang saya sebutkan di atas. Ia sebenarnya sedang membuat fitnah kepada Perbankan dan Kewangan Islam.  Sekaligus menunjukkan kecetekan ilmunya berkaitan hal perbankan.
 
PERGI KE BANK RIBA KERANA PERMOHONAN DI BANK ISLAM DITOLAK
Ini mungkin satu lagi rungutan umat Islam di Malaysia. Mereka berhujjah mengatakan permohonan mereka untuk mendapatkan pembiayaan rumah, kereta, kad kredit Islam dan lain-lain TELAH ditolak oleh bank Islam, lalu ia dijadikan asbab mengapa muslim kurang di bank Islam dan lebih ramai di bank riba.
Hal ini juga telah pernah saya ulaskan di web ini. Boleh merujuk kepada artikel yang saya sertakan link nya di bawah untuk mengetahui sama ada sudah sampai tahap dharurat untuk seorang muslim bersenang-senang di bank riba atau ia hanyalah dharurat dan hajiat yang palsu bertunjangkan nafsu dunia sebenarnya.
Kesimpulannya, jika bank Islam menolak sesuatu permohonan, ini bermakna; menurut kiraan berwibawa mereka, kemampuan kewangan anda masih tidak melayakkan anda untuk membuat hutang jenis besar dan berat. Jika anda masih degil lalu pergi juga ke bank riba lalu diluluskan, sebenarnya anda sedang memerangkap diri sendiri dan bakal menghadapi kesukaran berganda kerana jumlah interest yang dikenakan oleh Bank Riba kepada mereka yang tidak punyai kelayakan kukuh pasti akan menenggelamkan anda kelak.
Falsafah bank di seluruh dunia, lebih kaya dan stabil kewangan anda..lebih murah rate yang bakal anda perolehi, demikian sebaliknya.Fahamilah...
Jika anda katakan, "saya ingin beli hanya aset asas dalam kehidupan saya, iaitu kereta atau rumah"
Jawapnya, menurut kiraan individu berkelayakan di bank berbekalkan formula khas di bank-bank Islam, mendapati salah satu keputusan berikut : -
a)      Anda belum layak untuk terlibat dalam hutang.
 
Maka tangguhlah terlibat dengan sebarang bank. Cukuplah dengan menaiki kenderaan awam dan menyewa rumah sementara masih belum sampai kemampuan. Atau usahakan cara lain yang sesuai namun jangan berhutang.
 
Jika anda berdegil, anda sebenarnya membuka peluang besar untuk jatuh dalam dosa-dosa lain akibat gagal menyelesaikan hutang kelak. Dosa yang berkait rapat dengan orang berhutang seperti menipu dan memalsu janji adalah amat biasa bagi mereka yang sedang terperangkap dalam hutang. Malah Nabi s.a.w juga telah memberi amaran berkenaannya.
 
b)      Anda memang layak pada asalnya, namun akibat hutang-hutang di bank yang sedia ada. Kelayakan anda sudah terhakis buat waktu itu. Anda perlu difahami bahawa kemampuan anda untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada sudah melebihi hak kemampuan anda.
 
Hasil dari itulah bank Islam menolak permohonan anda demi kebaikan anda, bukannya kerana sengaja enggan menolong anda. Atas asbab itu jugalah telah saya tuliskan sebelum ini agar JANGAN BIARKAN REKOD ANDA MERAH DI MANA-MANA BANK. Kerana ia juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

TOLAK BANK ISLAM KERANA BANK RIBA LEBIH MUDAH URUSANNYA
Jika sebabnya adalah sebagaimana yang dinyatakan di atas. Atau apa jua sebab yang seumpamanya seperti cawangannya lebih banyak, mesin ATM nya meluas, punyai perbankan internet, perjanjian kontraknya lebih mudah dan cepat, servisnya lebih efisyen dan lain-lain sebab. Sekali lagi, jika demikianlah sebab musababnya, ternyatalah begitu murah dan mudah iman individu ini untuk dijual dibeli dengan harta serta kemudahan dunia. 

Rapuh sekali keyakinannya terhadap dosa riba yang maha besar sebesar pengishtiharan perang terhadap Allah dan RasulNya, berzina sebanyak tiga puluh enam kali dan kehilangan berkat dalam hidup.

Saya tidak nafikan, kelemahan servis, kelembapan dan sebagainya memang wujud di kalangan bank-bank Islam di Malaysia khususnya, namun kelemahan sebegini tidak mampu menjadi pelepas azab pedih Allah di barzakh dan akhirat tentunya. Juga tidak boleh dijadikan alas an untuk melarikan diri dari perbankan Islam. 

Lihat sahaja betapa peritnya perjuangan baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta ulama salafus Soleh di kurun-kurun awal dahulu. Adakah kesukaran dijadikan excuses untuk tidak berjuang menegakkan kalimah Islam di muka bumi. 

TOLAK BANK ISLAM KERANA KAKITANGANNYA SEKSI
Saya juga mendengar ada individu yang menolak dan mengutuk sesebuah bank Islam hanya kerana kakitangannya berpakaian seksi, buka aurat dan tidak kelihatan seperti Islam. Apakah layak sebuah bank Islam membiarkan kakitangannya sedemikian?. 

"Amat buruk lagi memalukan nama Islam" demikian cebik seorang ustaz di sebuah masjid.
Sudah tentu saya juga sentiasa menyokong dan berharap bank-bank Islam di Malaysia khususunya dapat mengenakan displin pakaian ‘dressing code' yang menepati Islam ke atas seluruh kakitangan wanitanya.

Namun, selain melihat kepada pelaksanaan yang ideal dan terbaik, kita juga perlu meninjau ehwal semasa dan praktikaliti. Hakikatnya, pengurusan bank-bank Islam dalam banyak keadaan terpaksa memilih sama untuk mendapatkan kakitangan yang baik pakaiannya atau kakitangan yang dinamik dan berilmu.

Perlu diingat, tidak semua urusan teknikal di bank memerlukan seseorang yang memiliki ilmu Islam secara khusus, banyak bahagian yang memerlukan ilmu teknikal yang lain seperti audit, legal, IT system, marketing strategies dan lain-lain. Indvidu yang punyai kepakaran ini biasanya bukanlah punyai ilmu Islamyang baik, malah ramai juga dari kalangan bukan Islam. 

Hasilnya di waktu ilmu perbankan dan kewangan Islam masih kekurangan manpower dan human asset, ternyata amat sukar bagi sesebuah bank Islam mendapatkan mereka yang baik pakaiannya dan cemerlang pula kerja dan pengetahuannya.

Tatkala bertembung dua kepentingan, iaitu memilih yang baik pakaiannya dengan kemampuan kerja yang kurang ataupun yang baik dan cemerlang dalam bekerja namun penampilan pakaian yang tidak baik. Mana satukah yang perlu diambil bekerja oleh pihak pengurusan?

Bagaimana dengan anda?. Perlu diingat juga bahawa tidak semua jawatan boleh ditunjuk ajar, terdapat sebahagian jawatan di tinggi seperti general manager, vice president, Director, COO, CEO, Senior Vice President dan lain-lain. Jika jawatannya sekadar Executive, ia mungkin boleh bertoleransi dengan mengambil yang kurang kualiti namun berpakaian baik dan dilatih kemudiannya. 

Kemudian, adakah tepat bagi pengurusan untuk memaksa kakitangan wanitanya termasuk yang bukan Islam untuk menutup aurat semasa di pejabat?. Mungkin kita boleh mengangguk kepala sambil mengatakan :
"Ya, memang amat wajar sekali, baru digelar pengurusan Islam!!".

Namun sedarkah kita, tindakan sedemikian pasti akan melarikan individu non muslim yang pakar dari memohon untuk bekerja di bank Islam sedemikian. Tanpa merit dan kualiti, sebuah bank Islam akan hilang wibawa, kemampuan dan keberkesannya, manakala pengurusannya juga pasti akan jatuh, hingga akhirnya image Islam akan turut jatuh merudum dengan amat besar sekali. 

Mungkin ada yang terfikir, jika kakitangan kita bertaqwa maka Allah akan gandakan keuntungan.Yakinlah.
Ya benar, namun keperluan untuk meningkat kualiti dalam usaha dan hukum alam (iaitu kualiti akan berjaya, mereka yang tidak berkualiti akan jatuh) juga adalah perintah Allah s.w.t dan ajaran Islam tentunya.
Lihat bagaimana nama Islam sedikit tercalar apabila dua buah bank Islam di Malaysia mencatatkan kerugian beberapa ratus juta beberapa tahun lepas. 

Kita bimbang sistem dan produk kewangan Islam akan dipersalahkan dan diloihat tidak sesuai untuk dunia perbankan, hasilnya akan berkurangan permintaan ‘demand', lalu jatuh jugalah ‘supply', padahal maslah kerugian sesebuah bank Islam bukannya salah produk dan Islam, namun kualiti dan kecekapan individu yang bekerja. 

Jika sudah memahami hal ini, manakah maslahat yang lebih besar patut dijaga oleh sesebuah bank Islam dalam pengambilan pekerjanya?..Pakaian menutup aurat bagi setiap wanita yang memohon atau kualiti ilmu bagi jawatan yang dimohonnya?
Ya kedua-dua penting, namun mana yang lebih penting.?. Taqdim al-aham ‘alal muhim dan juga kaedah :
ارتكاب أخف الضررين
Ertinya : Mengambil mudarat yang lebih kecil
Kaedah yang difahami oleh ulama Islam dari firman Allah swt :-
يسألونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما.  كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تتفكرون في الدنيا والآخرة
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219)
Akhirnya, sudah menjadi kewajiban kita Muslim dan muslimah hari ini untuk melanggan bank Islam dan segala jenis produk kewangan Islam dalam setiap keperluan kewangan kita. Jadikan keperluan ini didasari oleh iman dan taqwa. Letakkan faktor halal sebagai asas penilaian dan bukannya hanya sibuk dengan harga dan rate. Lebih malang, kerana ramai individu tiada kefahaman dalam kiraan bank riba yang disangkanya murah. Sedarlah hakikatnya.
 
Sekian

copy from
zaharudin.net

Saturday, September 3, 2011

malaikat maut mengintai kita 70 kali sehari



memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah S.W.T ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.

Rasulullah S.A.W juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah S.W.T juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah S.W.T dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah S.W.T masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah S.W.T menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah S.W.T iaitu Rasul, Nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah S.W.T betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam A.S. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah S.W.T dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah S.W.T.

Monday, August 22, 2011

AKADEMI RAMADHAN : BERUNTUNGKAH BAGI YANG BERUSAHA MENDAPATKANNYA



Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam.Bulan ini bukan sahaja menyajikan keampunan daripada Allah, bahkan tersedia di dalamnya pelbagai pekej berguna untuk diri manusia.Pekej ini benar-benar dapat dirasa oleh insan yang betul-betul menggunakan setiap detik di bulan ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Akademi Ramadhan mengajar kita supaya ikhlas dalam melaksanakan tuntutan hidup.Ikhlas merupakan suatu sifat yang sukar dicapai oleh manusia, tidak diukur melalui banyaknya melakukan amalan, bukan sekadar lafaz dilaungkan atau sebesar perkataan “ikhlas” diberikan.Ikhlas ialah setiap perkara yang disusuli dengan hati yang suci dan bersih tanpa dibuat-buat.Ramadhan mengajar manusia meninggalkan makan dan minum walaupun mereka berada di tempat yang tidak dilihat oleh manusia.
Akademi Ramadhan mengajar kita supaya sabar dalam menempuh ujian dan halangan hidup serta tidak mudah marah dalam melakukan sesuatu tindakan. Allah berfirman :

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (Al-Zumar : 10)
Orang yang berpuasa tidak dapat lari daripada bersifat dengan sifat sabar. Oleh yang demikian, Nabi SAW bersabda :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Maksudnya : “Dan jika seseorang mengajak supaya berbalah, katakanlah ‘sesungguhnya aku berpuasa’ …” (Hadith riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Saum, Bab Fadhlu Al-Saum)

Akademi Ramadhan mengajar kita supaya berbuat ihsan terutamanya terhadap orang miskin, menanam rasa kasih-sayang sesama manusia. Apabila kita lapar dan dahaga, kita akan dapat merasai kesempitan hidup orang yang kurang bernasib baik serta berusaha untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, Islam mengajar umatnya supaya memperbanyakkan sedekah samada sedekah wajib mahupun yang sunat terutamanya pada bulan yang mulia ini untuk sama-sama mengukuhkan lagi sistem ekonomi umat Islam serta memberi peluang kepada orang yang kurang mampu untuk menikmati pelbagai kemudahan yang kita kecapi.

Akademi Ramadhan mengajar kita supaya sentiasa mengingati Allah pada setiap masa.Orang yang sentiasa mengingati Allah akansentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas seharian. Ramadhan juga mengajak kita supaya segera meminta keampunan daripada Allah atas segala kesalahan yang telah dilakukan.

Maksudnya : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka  dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)” (Ali Imran : 135)
Akademi Ramadhan mengajar kita supayailtizam dengan amalan-amalan wajib serta memperbanyakkan amalan-amalan sunat.

أتاكم رمضان شهر بركة فيه خير يغشيكم الله فيه فتنزل الرحمة وتحط الخطايا ويستجاب فيه الدعاء فينظر الله إلى تنافسكم ويباهي بكم ملائكته فأروا الله من أنفسكم خيرا فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله عز و جل
Maksudnya :“Apabila tibanya Ramadhan, bulan keberkatan, maka Allah melindungi kamu pada bulan tersebut. Dia menurunkan rahmatnya, mengampunkan segala dosa serta memperkenankan doa. Pada bulan ini, Allah melihat perlumbaan kamu melakukan ibadah dan para malaikat sangat bangga melihat amalan yang kamu kerjakan.Maka tunjukkanlah segala kebaikan yang kamu lakukan kepada Allah kerana sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yang diharamkan mendapat rahmat Allah pada bulan tersebut” (Tabrani, Kitab Saum. Albani menilai hadith ini maudhu’)
Akademi Ramadhan mengajar kita supayamenghargai masa dengan tidak melakukan perkara yang sia-sia serta mengisinya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Akademi Ramadhan mengajar kita supaya menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.Menjaga lidah, tidak hasad dengki serta tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.Masyarakat yang mempunyai hubungan baik dengan Allah akan melaksanakan hubungan baik dengan manusia. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai positif tidak akan menimbulkan masalah-masalah negative dalam masyarakat.
Akademi Ramadhan mengajar kita supaya melakukan perkerjaan secara produktif, tekun dan bersungguh-sungguh.Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk meninggalkan pekerjaan seharian.

عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال  إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan, ia lakukan dengan tekun” (Hadith riwayat Baihaqi)

Akademi Ramadhan mengajar kita supaya membersihkan diri daripada sifat-sifat syaitaniyyah serta menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Akademi Ramadhan mengajar kita supaya kembali kepada fitrah sebenar sebagai seorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan melaksanakan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

Maksudnya : “Ruang antara solat lima waktu, jumaat ke jumaat yang berikutnya serta Ramadhan ke Ramadhan yang seterusnya akan menghapuskan dosa-dosa antara kedua-duanya selagimana menjauhi dosa-dosa besar” (Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Solawat al-Khams wa al-Jumuah ila al-Jumuah wa Ramadhan ila Ramadhan)

Akademi Ramadhan mengajar kita supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah.Dianjurkan banyak berdoa dan mengharapkan keredhaan Allah.

Tarbiyah Ramadhan melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri tersendiri dan seterusnya mampu mengaplikasikan segala bentuk amalan yang dilakukan sepanjang bulan ini ke dalam bulan-bulan seterusnya.